
OFF topic … inilah kereta kesayangan saya dan telah mendapat tempat dihati saya selama 12 tahun. Kalau di kelantan sape tak kenal dengan kereta ini memang boleh dibuang negeri. Dalam pembikinannya bermacam-macam dugaan diharungi akan tetapi adalah menjadi aktiviti yang paling penting. Ramai yang cakap kereta ini adalah hasil yang membuat nama saya dikenali sekitar kelantan, ada yang cakap “FROM ZERO TO HERO”. Nampak simple? simple ke? taklah .. sememangnya melibatkan duit yang banyak dalam pembikinannya. Sudah mencecah RM120k kalau dikira dari bumper depan ke bumper blakang tetapi bukan sekali gus… pembikinannya melibatkan masa dalam 4 tahun.
Enjin ? Dikuasai dengan enjin jenis TYPE-R B18C jenis INTEGRA tahun 1999 dapat menjana Horsepower sebanyak 200HP +- dan dijanakan pula dengan kotak komputer jenis SPOON VER-8(B18C-R). Boleh dikatakan sudah banyak modifikasi menggunakan jenama spoon termasuklah cat luaran.
Kepada peminat HONDA CIVIC atau sebarang jenis kereta HONDA khususnya dikelantan bolehlah menyertai KeLHOC (Kelantan Honda Owners Club) yang ditubuhkan pada tahun 2005 oleh beberapa ahli dan diketuai oleh saya. Sehingga sekarang telah mencecah kepada 250 Ahli untuk zon Kelantan. Sekiranya berminat sila hubungi
EN TAN 012-9083096
EN MAT 012-9125080
Sekian Asalamualaikum…

by aweenrashdan
3 comments
link to this post email a friend